Senam Sihat Madani Merdeka 2026
30 Ogos 2026 | Aktiviti Terkini
NADI Kampung Gunung Hilir, 29 Ogos 2026 – Program Senam Sihat MADANI Merdeka 2026 Sempena Sambutan Hari Kebangsaan telah berlangsung dengan meriah di NADI Kampung Gunung Hilir dengan penyertaan seramai 60 orang peserta daripada komuniti setempat.
Program yang berlangsung dari jam 8.00 hingga 10.30 pagi ini dianjurkan bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan di samping menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan, antaranya senamrobik bersama jurulatih profesional, cabutan bertuah serta pemeriksaan kesihatan kendiri. Program turut berlangsung dalam suasana penuh ceria dan semangat patriotik, sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti.
Program ini diharapkan dapat memupuk kesedaran terhadap kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat serta menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat bersempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026. Program ini turut dilaksanakan secara serentak di NADI seluruh Malaysia, sekali gus mencerminkan semangat kebersamaan dan perpaduan masyarakat dalam meraikan bulan kemerdekaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: